Ramai orang pening kepala bila pindah masuk rumah baru.Sebab nak fikir pasal duit nak renovate rumah,nak pasang pagar,nak pasng grill,nak reno dapur ,nak tambah bilik dan juga nak buat awning.
Tahukah anda bahawa budget paling besar sepatutnya untuk buat kitchen cabinet dibandingkan untuk beli furniture.
Berapakah budget untuk dikeluarkan untuk buat kitchen cabinet?.Kalau mat saleh 10% dari harga rumah pergi ke kitchen cabinet.
Mengapa orang Melayu majority suka memasak dan suka panggil orang datang ke rumah untuk majlis kenduri kendara terlupa bahwa peruntukan untuk renovate dapur adalah peruntukan paling besar dari perabot dalam rumah. Malah selalu mendahulukan car porch,jeriji mewah ,dan perabot mewah dibandingkan renovate dapur?
Alasan:dapur kat belakang.Orang tak nampak.Sebenarnya dapurlah yang paling penting dalam sebuah rumah.Keselesaan memasak dan bergerak di dapur membuatkan anda rajin ke dapur.






